top of page
Cari

Access lebih mudah melalui exit baru Bandar Serenia dari ELITE highway

  • Writer: Warisan Indah Homestay
    Warisan Indah Homestay
  • 25 Mei 2019
  • 1 min membaca

Persimpangan bertingkat Bandar Serenia dibuka

Menteri Kerja Raya, Baru Bian bergambar berlatar belakangkan Plaza Tol Bandar Serenia yang dibuka secara rasmi hari ini. - UTUSAN ONLINE/Sharaimei Shaik Ahmedullah

Sharaimei Shaik Ahmedullah

26 November 2018 2:18 PM

SEPANG 26 Nov. - Persimpangan bertingkat Bandar Serenia yang terletak di kilometer 35 (KM35) Lebuh Raya Utara - Selatan Hubungan Tengah (Elite) di sini akan dibuka bermula tengah malam ini.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, persimpangan bertingkat itu yang terletak di antara persimpangan bertingkat Nilai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan Dengkil, Kota Warisan, Bandar Serenia dan sekitar.

"Pembinaan Lebuhraya Utara Selatan turut membangunkan bandar baharu seperti Sungai Buloh, Seremban 2, Nilai, Pagoh dan lain-lain.

"Ini membuktikan persimpangan bertingkat yang disediakan di sepanjang jajaran lebuh raya mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan sekitar," katanya ketika berucap merasmikan persimpangan bertingkat Bandar Serenia di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Plus Malaysia Bhd. (Plus), Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim dan Pengarah Urusan Plus, Datuk Azman Ismail.

Dalam pada itu, Azman berkata, persimpangan bertingkat itu yang dilengkapi dengan plaza tol 10 lorong, tandas dan surau dibina dengan kos RM108 juta. - UTUSAN ONLINE


 
 
 

Siaran Terkini

Lihat Semua
Selamat Hari Raya

Warisan Indah Homestay 'Homestay KLIA' ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua. Jangan kesana...

 
 
 

POLISI KAMI

​

Booking deposit RM50/malam. Bayaran penuh sebelum check-in. Refund deposit dalam masa 3 hari selepas check-out.

​

Deposit tidak dipulangkan untuk pembatalan saat akhir (3 hari sebelum hari check-in). 

​

Waktu check-in: 3pm

Waktu check-out: 12pm

​

WhatsApp 013-6105101

© 2016 by Warisan Indah Homestay . 

bottom of page